Wanita Bujang yang baligh tetapi Belum berkahwin yang Membuka
Auratnya
(termasuk berpakaian ketat) Menghadiahkan Api Neraka Kepada
bapa yang
mendidik dan membesarkanya dan Wanita Yang Sudah Berkahwin
Yang membuka
Auratnya menghadiahkan Neraka Juga Kepada Suaminya!!!- Hal
ini seumpama susu
dibalas dengan tuba atau melepaskan anjing yang
tersepit. Sekadar
renungan.
AKU, KAU BERBEZA…AKU, KAU
ISTIMEWA…
LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri
apabila sudah baligh
manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa
anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum
baligh.
BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena
bertanggung jawab ke atas ibunya
dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung
jawabnya maka dosa baginya
terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan
tidak, perempuan hanya
perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala
dapat kepadanya
kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.
BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri
tidak.
Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami
bertanya
pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri
tanpa
izin ini.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar
suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang
ditanggungnya seperti
gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa
orang perempuan
lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak
larat dengan
beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah
SWT.
Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan.
Begitulah
kira-kiranya.
WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding
lelaki. Perlu meminta izin
dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi
tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka
kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan
melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu
taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan
isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang
tak
ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan
ditempat
yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan
dibiar
bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada
ibunya 3 kali
lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang
wanita ?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi
milik
peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala
lelaki
menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri
dan
anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan
anak, tetapi
setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan
seluruh
makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan
adalah
syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an
terhadap 4
wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3. anak perempuannya
, dan
4. saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula,
tanggungjawab terhadapnya ditanggung
oleh 4 org lelaki ini :
1.
suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara
lelakinya .
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui
mana-mana pintu
Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1.
sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya
dan
4. menjaga kehormatannya .
Seorang lelaki perlu pergi
berjihad fisabilillah tetapi wanita jika
taat akan suaminya serta menunaikan
tanggungjawabnya kepada ALLAH akan
turut menerima pahala seperti pahala orang
pergi berperang fisabilillah
tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ….
Seorang wanita adalah
pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi
seorang lelaki , tetapi ingatlah
wahai lelaki…kamu sebenarnya adalah
istimewa disisi Allah, maka dengan
sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin…maka dengan keistimewaan
itu, JAGALAH dan HARGAILAH
wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2
lelaki dan wanita dapat
pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa
disisiNYA..
"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan
janganlah kamu
berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika
kamu
bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga
dengan
segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab
nikmatNya.(Ali-
Imran:103)
Pada hari itu (hari qiamat) manusia
diberitahu akan segala yang
telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan.
Bahkan manusia itu,
anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,
walaupun dia
berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "
Hikmah sujud -
Sujud lega sistem pernafasan
Mungkin ramai di
kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai
hikmah yang tersembunyi
ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa
tiada suatu pun ciptaan dan
suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan
setiap ciptaan itu mempunyai
kelebihan yang selalunya tidak terjangkau
akal manusia.
Manusia
melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal
seperti ketika bersolat
dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada
perintah Allah s.w.t. dan
menjauhi larangannya.
Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu
manusia paling
hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita
bersujud lebih lama.
Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem
pernafasan dan
mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang
yang terkeluar sedikit dari
tempat asalnya.
- membetulkan pundi
peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
-
mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada
ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau
limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan
mengimbangkan
lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan
bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
-
menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika
akan sujud
dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih
kuat dan
elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang
baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya
lebih
baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada
sakit
buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan
bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ
peranakan mudah kembali ke
tempat asal serta terhindar daripada sakit
gelombang perut (convulsions)
.
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan
darah
dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba
menerima pengepaman
darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar
penyakit salur
darah dan sebagainya.
D ari segi psikologi pula, sujud
membuatkan kita merasa rendah diri
di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus
mengikis sifat sombong, riak,
takbur dan sebagainya.
Dari segi
perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan
aliran darah ke
otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain,
menyegarkan otak serta
menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan
mentality seseorang.
Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia
yang tidak
dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan
darah yang cukup
untuk berfungsi secara normal dan sempurna.
Tujuh kalimat
Sabda Rasulullah S.A.W
" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang
mulia di sisi
Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak
busa/buih
laut "
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan
sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan
sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang
tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di
hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika
menghadapi
sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna
lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan
menerima musibah.
7.
Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang
malam
sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi,
mudah-mudahan ingat,
walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau
sambil lalu mudah-mudahan
jadi bisa, karena sudah biasa
AMIN.
Surah Al-Munaafiquun
:
Ayat : 9
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai
(lengah) kerana
harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah
(sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka
mereka
orang yang rugi.
Ayat : 11
Allah tiada akan memberi tempoh
kepada seorang bila telah sampai
ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang
apa yang kamu kerjakan.