January, 2009

COKE??

January 26th, 2009 January 26th, 2009
Posted in Current Issue
No Comments


pic yg mengutuk!!

10 Kebaikan Coke… Cubalah! !!
Dilulus terbit pada Isnin, Januari 09 @ 14:00:00 MYT oleh King Julian

Fikir Sejenak ……….

Cubalah terai dan buktikan secara saintifik. Yahoo! FareChase - Search
multiple travel sites in one click. 10 kebaikan
air Coke Cola

satu_duo menulis - ” Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian
santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/so di USA dan Britain
serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan
dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya
apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu,
Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Lebuhraya, adakah mereka guna?

Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

____________ _________ _________ _________ _______

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur
atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup
tulang!

____________ _________ _________ _________ _______

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan
biarkan selama 1 jam dan kemudian ‘flush’. Kesan kotoran/hampas akan
hilang dari tindakan ‘citric asid’ yang berada dalam Coke. Satu bahan
gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan
boleh tak?

____________ _________ _________ _________ _______

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap
bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat
hilang!

____________ _________ _________ _________ _______

4. Untuk menghilangkan kesan ‘corrosion’ atau hakisan pada skru/nat
bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta
merta.

____________ _________ _________ _________ _______

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang
setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

____________ _________ _________ _________ _______

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin
Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa.
Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi
berperisa coke.

____________ _________ _________ _________ _______

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke
dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di
Yawata tu kerana ianya amat mahal!

____________ _________ _________ _________ _______

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia
boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi
mesti suka ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain
dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan
lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda
amaran “Bahan Kimia Bahaya” atau”Bahan Penghakis : bahaya”. Lori tangki
itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu
dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki
yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab
hakisan/karat.

Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian
enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh…mesti buat overhaul ni!

____________ _________ _________ _________ _______

9. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh
kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi
tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh!

Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak
terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum
tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta
untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja
buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah
ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan
CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi
dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu
hilang/lebur dalam masa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni,
kot-kot gigi tu bleh hilang!

Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer!
Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.

____________ _________ _________ _________ _______

10. Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya,
para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh
serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun
seranggalah pulak.

Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh
serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!

____________ _________ _________ _________ _______

Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada
Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot?

Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama
cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur
serangga dll.

Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan
cuci/pelincir/ penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh
cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya
kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.

Tepuk dahi tanya hati….nak minum ke tak? Saya pun minum sekali sekala!
Sama-samalah kita bercoke sambil singgah KFC [Syarikat Yahudi gak!!],
time raya, time parti, time kenduri, time bola piala dunia dll.

Terima kasih kerana memberi masa untuk membaca. Rajin membaca pasti
berjaya. Luang-luangkanlah masa untuk membaca.

4 Anasir…Baik atau Jahat??

January 25th, 2009 January 25th, 2009
Posted in Religion
No Comments

DIV P { MARGIN: 0px } Maha Besar dan Maha Suci Tuhan yang menjadikan di dalam diri manusia
ada empat anasir yang berfungsi dan berperanan
Jasad, roh, nafsu dan akal yang merupakan satu pakej kejadian manusia
yang  luar biasa dan berperanan
Keempat-empat anasir itulah yang bertindak bekerjasama satu sama lain
menggerakkan manusia di dalam kehidupan
Sama ada manusia sedar atau tidak sedar
begitulah diri manusia itu bertindak di waktu hidupnya
Kalau semua anasir itu sihat dan sama-sama dewasa dan matang
ia akan jadi manusia luar biasa, tetapi jarang berlaku
Peranannya sangat mengkagumkan, beruntunglah kalau satu bangsa itu
ada rakyatnya begitu, bukan sahaja individunya beruntung
Mari kita mengenal manusia lahir dan batinnya
Agar kita kenal diri kita dan kenal juga orang lain
dan mengenal watak dan sikap manusia untuk pandai mendidiknya
Jasad lahir tidak perlu diperkata kerana mudah manusia mengenalnya
Kita akan perkatakan tiga anasir yang penting sahaja
kerana susah difaham oleh manusia yang ramai
Tugas roh hanya merasa:
Seperti rasa marah, rasa suka, rasa takut, rasa cemas, rasa sedih,
rasa gembira, rasa senang, rasa meradang, rasa dendam, rasa sayang,
rasa cinta, rasa simpati, rasa jijik, rasa dengki, rasa pelik, rasa
lega dan sebagainya
Nafsunya peranannya berkehendak atau merangsang:
Tugas nafsu hanya merangsang dan berkehendak
Kehendaknya sama ada baik atau jahat, kehendaknya semulajadi sangat
gelojoh,
rakus, tamak dan bakhil
Kemahuannya sangat luar biasa, tidak ada batasnya, macam laut tidak
bertepi,
kalau hendak diikutkan badan boleh merana, terseksa dan binasa
Tugas akal lain pula, ia mempunyai peranan yang tersendiri
Akal hanya memikir, mengkaji, mencari ilmu, menerima maklumat dan
pengalaman, kemudian menilai, menapis, menyimpan dan mengeluarkan,
Akal, I.Qnya pula ada enam kategori atau enam peringkat
eloklah diketahui oleh ibu bapa, guru-guru dan para pemimpin
Akal genius atau abqari, kekuatan berfikir yang luar biasa dan
istimewa
mungkin 100 juta, seorang di dalam satu zaman
Akal ini mampu membuat teori, atau membuat penemuan-penemuan baru
dikatakan membuat matan satu-satu ilmu
Selepas itu akal cerdik, boleh dan mampu menghurai teori-teori tadi
atau matan hingga mudah difaham oleh ramai
Mungkin 10 juta, seorang sahaja yang mendapat I.Q ini
Sesudah itu I.Q cerdik biasa, boleh memahami sebahagian apa yang sudah
dihurai
dan diperjelas jika seseorang itu diberi pelajaran yang cukup
Golongan ini agak ramai, ibu bapa dan guru-guru, para pemimpin juga
patut dapat menilai
Di bawah ini hanya I.Q biasa, tidak cerdik dan tidak pula bodoh,
itulah yang teramai di dunia ini
Di bawah ini ada lagi I.Q, iaitu yang bodoh dan yang dungu
tapi golongan ini tidak ramai bilangannya
I.Q ini tidak mampu mempelajari ilmu-ilmu yang dalam dan tinggi-tinggi
Kalau didorong pun tidak boleh pergi,
mungkin setakat darjah rendah sahaja atau sekolah dasar
Roh ada empat kategori pula, roh yang bercahaya, roh yang bersih, roh
yang kabur dan roh yang hitam-legam
Setiap peringkat roh ini ada hubungan dengan sejauh mana baiknya dan
jahatnya nafsu
Nafsu pula ada 7 peringkat:
Ammarah nafsu yang sangat jahat,
lawwamah nafsu yang lemah mujahadah, kerana itulah selalu sahaja
mencerca dirinya
Mulhamah nafsu yang sudah mula terpimpin dan terdidik tapi belum
kuat,
belum mendarah mendaging, masih di dalam kebimbangan ……lagi
itulah nafsu orang yang soleh
Nafsu mutmainnah, nafsu yang sudah tenang,
ia tidak dapat lagi digugat oleh kesenangan mahupun kesusahan,
sudah dapat darjat wali kecil
Nafsu Radhiah, nafsu yang sudah redha apa sahaja yang telah
ditentukan
oleh Allah Taala sama ada senang mahupun susah
Nafsu Mardhiah, nafsu yang Tuhan pula redha,
Nafsu Kamilah kemuncak kebersihan nafsu,
ini hanya ada pada rasul-rasul dan para-para nabi sahaja
Jasad lahir ia hanya tentera-tentera atau pekerja-pekerja suruhan
hati,
ia hanya taat semata-mata sama ada kepada kebaikan mahupun kejahatan
Jasad hanya perlu dijaga kesihatannya
Agar mampu melaksanakan arahan hati, raja di dalam diri
Jika ia sihat, ia akan cergas dan aktif serta tahan lasak melaksanakan
kehendak raja diri iaitu kehendak hati
Oleh itu kesihatan badan kenalah juga diusahakan dan dijaga
Makanannya hendaklah diberi, zat-zat makanan yang boleh menjaga
kesihatannya hendaklah diusahakan
Keempat-empat anasir di dalam diri manusia bekerjasama satu sama lain
jika ia hendak bertindak
Sama ada tindakannya itu baik mahupun jahat
Mula-mula hati atau roh (raja diri) merasa
Kemudian rasa itu dihantar kepada nafsu, maka nafsu pun berkehendak
atau merangsang untuk mahu bertindak
Selepas itu ia hantar pula kepada akal bagaimana hendak melaksanakan,
maka akal pula yang memikirkan
Sesudah ada keputusan dari akal, ia arahkan seluruh anggota
bertindak,
untuk mendapatkannya
Jika Tuhan kehendaki berjaya, maka berjayalah,
jika Tuhan tidak mengkehendaki, maka gagallah
Itulah dia manusia dan bagaimana dia  berperanan,
ketahuilah ilmu ini untuk pandai mendidik manusia
Selesailah sudah, maaf kalau salah

Dengarlah~

January 25th, 2009 January 25th, 2009
Posted in Current Issue
No Comments

DIV P { MARGIN: 0px }
Bukankah yang sedang jatuh ini adalah Islam?  Yang sedang dihina ini
ialah Allah dan RasulNya? Bukankah yang sedang dihina-hina  orang ini
ialah agama Allah? Tidak perasankah sejak sekian lama Allah dan RasulNya
telah dihina Yahudi?Kenapa baru sekarang kita sibuk-sibuk nak boikot
barangan keluaran Yahudi @ Israel. Walhal telah sekian lama kita
menyuntik dana kepada mereka, menyumbang kepada kekuatan ekonomi mereka.

Merekalah KHALIFAH @ PEMERINTAH muka bumi ini sekarang. Segalanya
kepunyaan mereka, kuasa besar Amerika mereka jadikan tunggangan, PBB &
Majlis Keselamatannya, media, ekonomi, rokok, makanan, minuman, rokok,
hiburan, rokok, itu yang lahirnya.

Yang seni-seni kita macam tak perasan, ataupun buat-buat tak perasan,
mereka telah menakluki cara berfikir kita, kita rasa kita sudah berfikir
secara Islam, namun hakikatnya kita silap, kita belum berfikir secara
Islam. Hiburan yang mengisi jiwa dan roh kita pun dari sana.

Boikot barangan Israel?

Tiap  kali Gaza diserang, itulah modal umat Islam. Konon nak meruntuhkan
ekonomi Israel. Bersemangat. Bertempik, berteriak, membakar bendera
sehingga terjegil biji mata. Walhal selama ini minda bangsanya dijajah
dan dijahanamkan Yahudi dibuat tutup sahaja sebelah mata. Habis
berdemontstrasi, rokok buatan Yahudi juga yang dihisapnya.

Tidak akan sekali-kali Yahudi dan Nasara redha selagi kita tidak
menjadikan cara hidup mereka sebagai cara hidup. Kita sudahpun
terperangkap dengan cara hidup dua puak itu kerana mereka sangat kenal
sangat dengan kehidupan orang Islam yang sebenar. Mereka amat  tahu
bagaimana hendak merosakkan kehidupan orang Islam, supaya kita akhirnya
tidak selamat. Mereka menganjurkan cara kehidupan yang sesuai dengan
yang disukai nafsu.Menganjurkan program yang ditaja secara halus
sehingga kita tersasar dari Tuhan. Semuanya dituju kepada nafsu manusia
terutamanya remaja kerana mereka adalah waris perjuangan.

Contohnya:

1.  Nafsu sangat suka dengan permainan bolasepak. Taktik permainan yang
menumpukan segala usaha untuk merebut bola dan memasukkan bola dalam
pintu gol sangat menyeronokkan nafsu. Maka berbagai pertandingan
peringkat negara mahupun antarabangsa ditaja dan disiarkan di kaca-kaca
TV yang melalaikan umat sejagat. Bukan sahaja permainan ini mencetuskan
pergaduhan dan pertaruhan di mana-mana tempat di dunia, yang penting ia
melalaikan para remaja Islam dari bersolat disamping tidak menutup aurat.

2.  Muzik secara fitrah sangat disukai manusia terutamanya remaja. Dalam
hiburan, selain berbagai rentak muzik yang menjadi kegilaan, para
penyanyi juga disanjung-sanjung dan dijadikan idola. Mendengar sesuatu
yang melalaikan dan keterlaluan adalah dihukumkan haram. Bilamana kita
membuat dosa, kita sebenarnya meletakkan titik-titik hitam di hati kita.
Semakin lama ia bertimbun, semakin gelaplah hati itu, sehingga  suatu
masa tertutup hati dari menerima kebenaran lagi.

3.  Makanan – makanan yang haram akan menjadi darah daging dan
membuatkan hati menjadi gelap. Makanan yang syubhat juga akan membuatkan
hati menjadi gelap. Contoh: minuman Coke ( dan segala minuman keluaran F
& N -  yang menjadi kegilaan ramai). Minuman dalam tin adalah tajaan
Yahudi sebenarnya yang melumpuhkan generasi akhir zaman. Kerana minuman
itu menyebabkan  berbagai penyakit dalam badan termasuk diabetis
(kencing manis). Itu secara lahiriahnya. Bila banyak makan ubat kencing
manis, maka akhirnya dapat penyakit buah pinggang, akhirnya tak mampu
berjuang.

Makanan seperti ayam goreng segera Kent adalah haram dimakan orang
Islam. Apabila  ayam tidak disembelih mengikut syariat, hakikatnya kita
makan bangkai. Bila makan bangkai, hati kita gelap. Begitu juga dengan
rangkaian restoran makanan segera lain seperti MekDi, Pizzahat dll.