Dengarlah~
January 25th, 2009 January 25th, 2009 Posted in Current IssueNo Comments
DIV P { MARGIN: 0px }
Bukankah yang sedang jatuh ini adalah Islam? Yang sedang dihina ini
ialah Allah dan RasulNya? Bukankah yang sedang dihina-hina orang ini
ialah agama Allah? Tidak perasankah sejak sekian lama Allah dan RasulNya
telah dihina Yahudi?Kenapa baru sekarang kita sibuk-sibuk nak boikot
barangan keluaran Yahudi @ Israel. Walhal telah sekian lama kita
menyuntik dana kepada mereka, menyumbang kepada kekuatan ekonomi mereka.
Merekalah KHALIFAH @ PEMERINTAH muka bumi ini sekarang. Segalanya
kepunyaan mereka, kuasa besar Amerika mereka jadikan tunggangan, PBB &
Majlis Keselamatannya, media, ekonomi, rokok, makanan, minuman, rokok,
hiburan, rokok, itu yang lahirnya.
Yang seni-seni kita macam tak perasan, ataupun buat-buat tak perasan,
mereka telah menakluki cara berfikir kita, kita rasa kita sudah berfikir
secara Islam, namun hakikatnya kita silap, kita belum berfikir secara
Islam. Hiburan yang mengisi jiwa dan roh kita pun dari sana.
Boikot barangan Israel?
Tiap kali Gaza diserang, itulah modal umat Islam. Konon nak meruntuhkan
ekonomi Israel. Bersemangat. Bertempik, berteriak, membakar bendera
sehingga terjegil biji mata. Walhal selama ini minda bangsanya dijajah
dan dijahanamkan Yahudi dibuat tutup sahaja sebelah mata. Habis
berdemontstrasi, rokok buatan Yahudi juga yang dihisapnya.
Tidak akan sekali-kali Yahudi dan Nasara redha selagi kita tidak
menjadikan cara hidup mereka sebagai cara hidup. Kita sudahpun
terperangkap dengan cara hidup dua puak itu kerana mereka sangat kenal
sangat dengan kehidupan orang Islam yang sebenar. Mereka amat tahu
bagaimana hendak merosakkan kehidupan orang Islam, supaya kita akhirnya
tidak selamat. Mereka menganjurkan cara kehidupan yang sesuai dengan
yang disukai nafsu.Menganjurkan program yang ditaja secara halus
sehingga kita tersasar dari Tuhan. Semuanya dituju kepada nafsu manusia
terutamanya remaja kerana mereka adalah waris perjuangan.
Contohnya:
1. Nafsu sangat suka dengan permainan bolasepak. Taktik permainan yang
menumpukan segala usaha untuk merebut bola dan memasukkan bola dalam
pintu gol sangat menyeronokkan nafsu. Maka berbagai pertandingan
peringkat negara mahupun antarabangsa ditaja dan disiarkan di kaca-kaca
TV yang melalaikan umat sejagat. Bukan sahaja permainan ini mencetuskan
pergaduhan dan pertaruhan di mana-mana tempat di dunia, yang penting ia
melalaikan para remaja Islam dari bersolat disamping tidak menutup aurat.
2. Muzik secara fitrah sangat disukai manusia terutamanya remaja. Dalam
hiburan, selain berbagai rentak muzik yang menjadi kegilaan, para
penyanyi juga disanjung-sanjung dan dijadikan idola. Mendengar sesuatu
yang melalaikan dan keterlaluan adalah dihukumkan haram. Bilamana kita
membuat dosa, kita sebenarnya meletakkan titik-titik hitam di hati kita.
Semakin lama ia bertimbun, semakin gelaplah hati itu, sehingga suatu
masa tertutup hati dari menerima kebenaran lagi.
3. Makanan – makanan yang haram akan menjadi darah daging dan
membuatkan hati menjadi gelap. Makanan yang syubhat juga akan membuatkan
hati menjadi gelap. Contoh: minuman Coke ( dan segala minuman keluaran F
& N - yang menjadi kegilaan ramai). Minuman dalam tin adalah tajaan
Yahudi sebenarnya yang melumpuhkan generasi akhir zaman. Kerana minuman
itu menyebabkan berbagai penyakit dalam badan termasuk diabetis
(kencing manis). Itu secara lahiriahnya. Bila banyak makan ubat kencing
manis, maka akhirnya dapat penyakit buah pinggang, akhirnya tak mampu
berjuang.
Makanan seperti ayam goreng segera Kent adalah haram dimakan orang
Islam. Apabila ayam tidak disembelih mengikut syariat, hakikatnya kita
makan bangkai. Bila makan bangkai, hati kita gelap. Begitu juga dengan
rangkaian restoran makanan segera lain seperti MekDi, Pizzahat dll.